Sunday, August 29, 2010

Kelebihan Kalimah Lailahaillah Muhammadarrasulullah

Posted by Roy Elias | Sunday, August 29, 2010 | Category: | 0 comments

"Dari Ubadah Bin ash Shaamiti Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud... Barangsiapa bersaksi mengatakan Lailahaillah Muhammadarrasulullah..Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh ALLAH, maka ALLAH akan mengharamkan neraka baginya.."

"Rasulullah pernah bersabda...Pernah pada suatu hari, sedang Nabi duduk dalam keadaan susah, maka datang Jibrail kepadanya lalu berkata..Wahai Muhammad, apa erti kesusaha, sedangkan ALLAH swt telah memberikan kepada ummatmu lima perkara dan ia belum pernah memberikan kepada seorang sebelum engkau iaitu....

1. Allah berfirman yang bermaksud " Aku disisi hambaKU ialah aku mengikut sankaannya terhadapKU..dan ALLAH tidak menyalahi sangkaan hamba terhadapnya..

2. Barangsiapa yang menutup keaiban orang lain di dunia. Maka ALLAH akan menutup keaibannya di akhirat kelak..

3. Tidak ditutup pintu taubat ke atas umat engkau..selagi mana nyawanya belum sampai ke ghogoroh.

4. Barangsiapa datang kepada ALLAH..dengan membawa dosa sepenuh bumi maka jika ia menyebut LAILAHAILLAH MUHAMMADARASULULLAH...maka nescaya ALLAh akan mengampuninya..

5. Allah swt menghapuskan dosa-dosa mereka yang sudah mati dengan sebab doa orang-orang yang masih hidup

"Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud..Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha illALLAHU.. dan memanjangkan sebutannya (pada huruf mad) kata ulamak pada "laa" yang berada di awal, nescaya ALLAH akan meruntuhkan 4000 dosa besar yang telah dia perbuat...Para sahabat bertanya kepada Rasulullah..Bagaimana jika ia tiada dosa besar..maka Rasulullah berkata.. ALLAH akan mengampunkan dosa keluarganya dan jiran-jirannya..."

"Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud.."barangsiapa yang membaca Laa ilahaillahu" maka ia akan dapat menolak bala sebanyak 99 bala dan dapat menghilangkan segala kegundahan dan kesedihan yang dialaminya.."

"Rasulullah bersabda..barangsiapa yang berkata kalimah LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH... sebanyak 100 kali..maka tatkala ia datang di hari kiamat dengan wajahnya seperti bulan purnama.."

"Rasulullah bersabda...Dalam sebuah hadis qudsi ALLAh berfirman "LAILAHAILLAH" adalah kalamku..akulah yang kehendaki pada kalimah ALLAH..barangsiapa yang berkata kalimah ini beerti ia telah masuk ke kotaku..Dan Barangsiapa yang masuk ke kotaku..maka selamatlah ia dari siksaku.."

Monday, June 21, 2010

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox

Posted by Roy Elias | Monday, June 21, 2010 | Category: | 1 comments

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.

Kepada semua pembaca...Hari ini saya mahu kongsikan sedikit Ilmu ini...

Cubalah...

kepada pengguna Streamyx... kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti...

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu ----about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New - Integer ...... dan paste skrip berikut ----------- nglayout.initialpai nt.delay ............ .. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada ----- 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya. .. cuba yg ini pula, type skali lagi ----about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http. pipelining
network.http. proxy.pipelining
network.http. pipelining. maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http. pipelining - true
network.http. proxy.pipelining - true
network.http. pipelining. maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----about:config dan select New -Integer dan paste skrip tersebut ---nglayout.initialpai nt.delay set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba.....

Saturday, June 19, 2010

Why do we read Quran, even we can't understand not even a single Arabic?

Posted by Roy Elias | Saturday, June 19, 2010 | Category: | 0 comments

Why do we read Quran, even we can't understand not even a single Arabic?

This is beautiful story. An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern

Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house.

The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water, I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!". "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Tuesday, May 18, 2010

SEDEKAH

Posted by Roy Elias | Tuesday, May 18, 2010 | Category: | 0 comments


Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"

Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia. Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

-Allah Ta'ala berfirman, " Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah" . {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

-Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui" . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

-RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru " musnahkanlah orang yang menahan hartanya"

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

-"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah" .

-"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah" ubatilah penyakitmu dengan sedekah ".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui di tepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa.

Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah

Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum'at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum'at, misalnya Jum'at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum'at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya " (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR


AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.


Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a . Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.


Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.


Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.


Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam .


Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.


Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid .


Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.


Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak .


Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.


Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.



Jadilah dari "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk" .

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "

Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.

Thursday, May 13, 2010

Posted by Roy Elias | Thursday, May 13, 2010 | Category: | 0 comments

 

Salam bahagia kepada semua pembaca…

Pada post promosi kali ini saya ingin cadangkan satu e-book yang amat terbaik di pasaran sekarang, yang mempunyai permintaan yang tinggi dan kurang persaingan. Adalah satu-satunya yang berada di pasaran sekarang, tiada lagi yang sama dan menyerupai e-book ini yang dikenali sebagai Panduan Penjimatan Penggunaan Telefon Bimbit. Apa yang paling BEST ialah e-book ini diberi secara percuma sahaja. So, apa lagi yang anda fikirkan, bertindaklah sekarang sebelum admin menamatkan atau tutup tawaran ini.

“Wah!!! Xpernah saya dengar tentang ada e-book macam ini???”
“Betol ke produk nie?Jangan macam sampah suda….!!!”
“Hmm…Betol ke nie?Xpercaya la…”
“Ini peluang yang baik nie, aku dahla tiap-tiap malam gayut dgn aweks aku”
“Macam maner nak jimat nie?Boleh ker?”
“Best la e-book nie, kalau betol jimatlah perbelanjaan aku untuk bulan nie, dapat saving tue…!!”

Tatkala anda membaca post ini, saya yakin anda adalah salah seorang pengguna “tegar” telefon bimbit sama ada pengguna prabayar atau pascabayar. Kalau anda tergolong dalam golongan pengguna terbabit anda mungkin perlukan e-book ini.

Cuba anda bayangkan kalau setiap bulan anda habiskan RM30-RM100 untuk satu nombor telefon bimbit anda, dan dengan menggunakan tip-tip dari e-book ini anda dapat berjimat 30% dari jumlah bil telefon anda sebulan, bukankah itu menjimatkan???Itu untuk satu bulan, kalau dikira setahun, dah 360% anda dapat jimatkan perbelanjaan untuk telefon bimbit anda.

Apa?Betol ke nie?

“Saya pengguna pascabayar bukan pengguna prabayar?

Anda mungkin terfikir persoalan di atas kan? Kalau anda tidak percaya atau tidak mahu mencuba terserahlah kepada anda, atau anda mungkin dah dapat berjimat dengan perbelanjaan telefon bimbit anda sekarang. Xpe, peluang ini mungkin bukan untuk anda, tetapi kalau anda rasa anda ada kawan-kawan yang memang berbelanja besar penggunaan telefon bimbit dia, baik anda cadangkan e-book ini, mungkin dia memerlukan panduan dan tip ini.

Untuk pengguna pascabayar, anda jangan risau, ini kerana panduan dan tip-tip dalam e-book ini memang sesuai untuk kedua-dua pengguna prabayar mahupun pascabayar. Sukacitanya saya katakan saya juga dah cuba tip-tip dari e-book ini, anda bila lagi? Atau anda mungkin dah terjumpa tip-tip macam ini, tapi tidak berkesan, mungkin anda patut mencuba tip dari e-book ini pula. Tidak salah mencuba, lagipun percuma kan?

Oklah, saya tidak mahu ceritakan lagi, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan, harap anda buat keputusan yang terbaik sebab tawaran ini sampai Jun ini sahaja.
Anda boleh download dengan klik pada poster diatas( gambar ) atau melalui link ini>>>http://e.reloadpax.com/

Sekian

Regards

Royelias a.k.a Radi

p/s : Jangan jadi macam pepatah melayu yang berbunyi “Yang dikejar-kejar tak dapat, Yang dikendong-kendong keciciran”

p/ss : Bertindaklah sekarang, mungkin anda dapat jimatkan penggunaan telefon bimbit anda sekarang???

AKU SEORANG BLOGGER

Posted by Roy Elias | | Category: | 1 comments

Salam hormat;
Masalah kekurangan idea untuk menulis blog memang satu masalah yang biasa bagi hampir kesemua blogger.


Terutamanya kepada blogger baru. Jika kita tiada idea untuk menulis, tiada lah entri baru. Kesannya ialah, apabila terlalu lama blog tiada entri-entri terkini.

Sebab tu, jika anda rajin membaca blog orang lain anda akan mendapati entri-entri seperti; "sudah lama blog ni tak berupdate" "Dah bersawang blog ni" "Dah berhabuk..." dan sebagainya.

Dalam email ini, saya akan kongsikan satu cara kepada anda, untuk memastikan anda sentiasa tidak ketandusan idea.

UPDATE Aktiviti Anda di dalam blog. Tidaklah semua entri, tapi, cukuplah
dijadikan cerita atau entri terbaru pada blog anda.

Anda boleh kongsikan pengajaran yang anda dapat daripada aktiviti anda tadi.
Contohnya, anda baru balik bercuti. Anda boleh cerita pengalaman percutian anda.
Anda boleh kongsikan gambar-gambar, video dan kalau boleh, cerita-cerita yang menarik.

Oklah, itu dahulu tip daripada saya.

Note : Tip ini ditulis oleh
Raja Kamil, admin kepada http://www.akuseorangblogger.com/index.php?ref=Royelias

Yang Benar;
Roy Elias
http://www.akuseorangblogger.com/index.php?ref=Royelias

Monday, May 10, 2010

MARI RENUNGKAN ARTIKEL INI

Posted by Roy Elias | Monday, May 10, 2010 | Category: | 0 comments


Siapakah orang yang sibuk? 

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Thursday, May 6, 2010

CARA BERSAHABAT

Posted by Roy Elias | Thursday, May 6, 2010 | Category: | 0 comments



Ada orang kata.. kenalan, ada yang panggil teman, tak kurang juga kawan.. handai... taulan dan dalam semua itu sahabat adalah kedudukan yag paling tinggi. mereka ini setia , dalam susah dan senang, mereka tidak akan sesekali membiarkan sahabat mereka dalam keadaan sedih dan merana.. mereka sedia berkorban demi melihat sahabat nya bahagia..

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.
Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.
Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?
Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit,
tak seorangpun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku
daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.
Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka.
Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua,
belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.
Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.

Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain,
tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain,
baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.

Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci,
sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.
Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku,
kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia,
maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.

Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM

Friday, April 30, 2010

HANYA TINGGAL KENANGAN

Posted by Roy Elias | Friday, April 30, 2010 | Category: | 1 comments

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.
 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain, jangan terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.
 
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa.

Thursday, April 22, 2010

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI DAHI YANG TIDAK BERKERUT?

Posted by Roy Elias | Thursday, April 22, 2010 | Category: | 0 comments

TENTUNYA anda sudah biasa melihat berbagai-bagai jenis dahi.  Lantaran itu di sini ingin saya memberitahu kepada anda bahawa di dahi anda terdapat berbagai-bagai tanda tentang diri anda. 

Pernahkah anda melihat ada dahi seseorang lelaki yang atau perempuan yang kelihatan sedikit lebam?  Selalunya tanda-tanda ini terdapat hanya pada mereka yang kuat beramal kepada Tuhan iaitu sembahyang.  Sujud yang lama akan membuat dahi mereka kelihatan lebam.

Tidak terkecuali ada juga dahi yang hitam disebabkan kesihatan mereka.  Tetapi bentuk hitamnya agak berbeza dengan orang yang kuat beramal ibadah. Begitu juga terdapat tanda-tanda kepada seorang gadis yang masih dara atau tidak.  Tanda ini boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau melalui pandangan sahaja.

Seorang gadis yang masih dara akan memiliki dahi yang licin.  Tetapi mereka yang pernah melakukan persetububan, biasanya mempunyai kedut sejumlah tiga lapis.  Dahi mereka berkedut sewaktu berbual.  Terdapat juga dahi orang yang berkedut melebihi tiga lapis.  Ini dikatakan orang itu sudah berusia.  Akan tetapi kedutan anak gadis yang sudah berumur menjangkau 30-an adalah berbeza dengan kedut yang menonjolkan diri mereka yang tiada dara.  Kedutan pada dahi yang tiada dara selalunya tidak terlalu ketara seperti kedutan sudah berusia.  Kedutan pada mereka yang sudah berusia akan kelihatan kekal walaupun tidak bercakap.  Terdapat garis-garis di dahi yang menandakan mereka itu sudah berusia.

Sebaliknya anak gadis yang sudah tiada dara, akan hanya kelihatan kedutan pada dahinya apabila mereka berbual atau sedang ketawa.  Anak gadis atau mereka yang telah berusia tidak akan berkedut dahinya seperti yang saya nyatakan jika tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang membolehkan daranya hilang.

Ingin saya maklumkan bahawa dara anda boleh dengan mudah walaupun dengan akibat daripada suka melancap atau memasukkan sesuatu benda yang agak keras dan kesat dan melukakan pada bahagian dara anda.

Sesetengah pendapat, kedutan di dahi boleh dihilangkan dengan memakan berbagai perubatan tradisional atau pun menggunakan rawatan muka untuk menghilangkan kedut di pipi dan di dahi.

Memang perkara ini tidak boleh membentuk wajah anda kelihatan segar dan tidak berkerut dan berkedut. Tetapi kesan kedut akibat hilang dara sukar dihilangkan. Ianya hanya boleh dicegah daripada berlaku dengan menghindari diri daripada perbuatan yang boleh  menghilangkan dara anda. Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin meneliti akan kedudukan tanda pada dahi seseorang yang telah hilang dara, anda lihatlah mereka yang telah bersuami.  Anda akan lihat ada garis-garis timbul dan lekuk di dahi mereka tetapi kedutan itu tidak meninggalkan kesan garis seperti menunjukkan dia sudah berusia.

Jangan khuatir dengan diri anda yang terdapat kedutan pada dahi anda.  Jika anda pasti yang anda tidak pernah melakukan hubungan seks atau atau lain-lain perbuatan sumbang yang membolehkan dara anda hilang, anda tidak perlu risau.  Sebenarnya terdapat juga tanda kedut di dahi disebabkan anda kerap berfikir yang keterlaluan.  Tetapi kedutan ini tidak menunjukkan anda sudah hilang dara.  Kedutan ini hanya kelihatan sesekali sahaja dan ianya tiba apabila anda di dalam situasi sedang berfikir yang keterlaluan.  Tetapi kedutan ini, tidak menunjukkan anda sudah tiada dara.  Kedutan ini hanya kelihatan sesekali sahaja dan ianya tiba apabila anda di dalam situasi sedang berfikir dan sedikit bermasalah.

Saya ingatkan sekali lagi, kedutan yang membonjol sedikit daging pada dahi seseorang gadis itu membuktikan gadis itu sudah tiada dara lagi.  Kedutan ini juga tetap ketara dan tidak hilang walaupun anda tidak berbual dan ketawa. Kedutan ini tidak akan meninggalkan sebarang kesan seperti orang yang sudah berusia.  Awas!!  Jangan sampai dahi anda berkedut akibat dari kehilangan dara anda. Pastikan yang anda sentiasa menjaga kehormatan anda.