Thursday, March 25, 2010

FAKTA GULA

Posted by Roy Elias | Thursday, March 25, 2010 | Category: |

Salam Pembaca Sekalian...
Saya kongsikan sedikit ilmu kesihatan dengan anda semua.

=>Apakah Gula?

Sebagaimana kita maklum gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. 

Secara semulajadi, gula boleh didapati  dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi,mi,roti pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fluktosa dan susu dalam bentuk laktosa.Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.

=>Apakah saranan pengambilan gula tambahan? 


WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambhan tidak melebihi 10% jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan adalah yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).

Currently have 0 comments:


Leave a Reply